kuih tradisional

Kuih-muih Melayu mempunyai pelbagai ciri uniknya yang tersendiri, yang membuatkan penduduk setempat menjadikan sesuatu kuih tersebut sebagai salah satu hidangan yang wajib dalam setiap hidangan. Kuih melayu juga mempunyai pelbagai rupa, bentuk, rasa, warna dan juga baunya

 

Bahan-bahan ( Loyang 24cm@9 1/2 inci )

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air
  • 2 sudu besar tepung ubi
  • 2 keping gula kabung untuk dicairkan jadi 1/2 cawan
  • 1/2 sudu teh kapur makan (dihancurlumatkan sedikit dengan sesudu teh air)
  • Loyang dan plastik alas
  • 1 cawan kelapa parut digaul dengan sesudu teh garam

Cara-cara

  1. Gula kabung dicairkan atas api sederhana untuk mendapatkan sukatan sebanyak 1/2 cawan, diketepikan.
  2. Masukkan tepung gandum, air, tepung ubi dan kapur ke dalam mangkuk dan kacau menggunakan whisk atau senduk agar mesra sebati.
  3. Masukkan pula gula kabung tadi dan kacau mesra sebati.
  4. Sediakan alat pengukus. Sementara adunan tadi bolehlah dituangkan ke dalam loyang yang telah dilengser sedikit minyak dan diletakkan plastik.
  5. Kaswiatasplastik
    Kukuslah selama sejam. Dan setelah siap, disejukkan hasilnya seperti ini, potonglah ikut saiz yang dikehendaki, sebelum dioleskan dengan kelapa parut.